Bermulanya dengan group Nightwish, saya mula meminati lagu-lagu Symphonic Metal. Dari sini saya berkenalan dengan Within Temptation yang kini popular dengan album The Heart of Everything. Kemudian baru-baru ini Nightwish bersama lead singer baru Anete Oslon (ramai peminat rindu dengan Tarja Turunen yang kena tendang keluar oleh Tuomas) keluar dengan album barunya Dark Passion Play selepas single Amaranth.
Dari sini saya mula tercari manalah tahu kalau ada band yang serupa dan famous.. Kebiasaannya band seperti ini adalah dari Belgium, Denmark, Finland, Norway dan sekitarnya. Secara tak sengaja saya berkenalan dengan Epica. Suara Simones memang sedap didengar dengan backing growl vocal Mark Jansen yang juga selaku tulang belakang band ini.
Baru-baru ini, Epica telah mengeluarkan album baru dipanggil The Divine Conspiracy, Saya pun ada dengar melalui pc. Baru semalam saya copy ke dalam cd supaya saya boleh mendengar sambil drive melalui mp3 player. Selepas beberapa lagu, saya terkejut dengan sebuah lagu bertajuk Fools Of Damnation. ada terdengar dalam background lagu ini seperti Azan dan sebutan Kalimah Syahadah. Start dari ini, saya stop dari mendengar lagunya.. mereka tak sepatutnya mempermain-mainkan Kalimah Syahadah ini.
Youtube Epica Fools of Damnation
Note: Music ini sekadar hiburan
|