FREE RSS Reader | Waktu Solat | Promotions
« Daftar Dot My di cPanel.Com.My
LIWAT 2 The Movie (2008) »

30th
Jun

Doa untuk Anwar Ibrahim dan Kerajaan Rakyat

Category » Personal | Comments: 1 | Click: 529
Kerajaan.Rakyat

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Selamatkanlah negara kami, Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah mereka, wahai ALLAH.

Dan, sekiranya para pemimpin umno yang berselerakkan di negara kami ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb,

Kiranya hamba MU, Anwar bin Ibrahim telah dikhianati dan difitnah melakukan liwat, maka kami mohon pertolongan MU ya ALLAH, selamatkanlah dia dan kami juga memohon kepada MU, Ya Rabb, laknatilah mereka yang menzalimi, mengkhianati dan menfitnah hamba MU, Anwar bin Ibrahim.

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki MU yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah

Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Muhamad SWT, keluarga dan sahabat baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Amin Ya Rabb.

http://www.kerajaanrakyat.com/

Tag » Mohd Saiful Bukhari Azlan,

Comments

1157 alhafiz3d
02 Jul 2008, 01:50
Rakyat memang dah tak percaya lagi dengan badan kehakiman dan polis berdasarkan pengalaman lalu.

Jika ada perubahan pun ia mengambil masa untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

hidup kerajaan rakyat!
*Name:
Email:
Notify me about new comments on this page
Hide my email
*Text:
Verification: Kod Pengesahan " FhHMG "
 

Latest referer to this entry


Related Post


Displaying results 1 - 1 of 1 match (0.11 seconds)
1. [100.00%] alhafiz3d : bukan sekadar Usahawan Perniagaan Internet
alhafiz3d bloging about making money scenario in Malaysia. Autosurf, Ecurrency, HYIP, Affiliate, MLM, e-book, marketing and all money game on the net. Not thats all, I
http://hafiz.peng-u.com/Kadir-Jasin - 179.6kb